_________
______________
33000 KUALA KANGSAR
______________
33000 KUALA KANGSAR
PERAK
Tuan/Puan
__________________,
Guru Pengawas
SMK Clifford Kuala Kangsar 27 Januari 2012
Tuan/puan
PERLETAKAN JAWATAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Saya Muhammad Rabani bin Rusli dari kelas 6 atas 3 bertugas sebagai seorang pengawas dari tahun 2012 ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan tentang perletakan jawatan saya sebagai seorang pengawas pada Januari 2012.
Untuk makluman pihak tuan/puan tujuan perletakan jawatan saya adalah disebabkan saya tidak yakin mampu untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberi dengan sempurna.Saya yang ditugaskan menjaga pagar selalu lewat dating ke sekolah dan ini menyebabkan saya tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
Seterusnya, saya juga tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna seperti yang diinginkan oleh pihak tuan/puan.saya dengan rela ingin meletakkan jawatan. Di samping itu, sebab saya ingin meletakkan jawatan adalah kerana saya ingin menumpukan perhatian saya dalam pelajaran. Dengan masa yang saya selalu bertugas , saya boleh mengulangkaji pelajaran saya pada waktu itu.
Saya telah mendapat peluang yang begitu istimewa pada tahun 2012 iaitu menjadi seorang pengawas dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan/puan diatas peluang ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan/puan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.Saya berharap pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama.
Sebelum mengakhiri surat ini saya ingin meminta maaf kepada pihak tuan/puan jika menggunakan bahasa yang kasar dan kurang sedap dibaca.
Yang benar,
___________________
( MUHAMMAD RABANI BIN RUSLI)
Pengawas,
6 ATAS 3
16 comments:
tumpang tanya yg bergaris kosong tu untuk apa?
tanks
http://034241.blogspot.com/
it helpfull .. mekasihh ^^
Ini adalah contoh surat yang baik. Saya akan menggunakannya. Terima kasih! :)
thanks..surat ni membantu
underline sana letak apa?
yo line atas guru pengawas tu tulis nama cikgu eh?
yo line atas guru pengawas tu tulis nama cikgu eh?
atas sekali alamat rumah atau alamat sekolah?
terima kasih :)
tq
Thanks untuk contoh surat ni..sangat membantu
Thanks untuk contoh surat ni..sangat membantu
Thank you...it's really help me with my resignation!!
thnks . surat ni mmbntu sye tuk sye resgin
Tanda tangan pelajar
Post a Comment